Saturday 5 November 2011

Promosi hebat bata vs Hikmah tak dapat balik raya!

Pagi tadi Julia Hanani tiba2 mesej aku ajak pergi VIVA HOME (mall yang agak baru dibuka tepi jalan cheras, sesuai untuk shoping kelengkapan rumah) sebab dia cakap BATA ada buat jualan gudang garam. Mulanya saja nak pergi tengok2 sebab bosan duk kat rumah + faktor duit yang hanya cukup2 untuk makan sepanjang musim sejuk ni je. Tapi bila dah sampai kat sana lain pulak jadinya. Terbeli sebiji kasut la pulak.**lupa yang duit dah tak ada**. Mana taknya, harga diri kasut2 dan selipar2 tu terlalu rendah dan tak ada maruah langsung!! Harga bermula RM5, 10 dan 20 sahaja. Masa "Happy Minute"  boleh dapat 5 bilah kasut2 yang berkenan dihati dengan harga RM30. Kualiti masih elok cuma murah mungkin stok dah lama dan tak laku2 kat kedai bata tu. Agak banyak pilihan dan ramai yang serbu dewan 2 Tingkat 1 tu. Macam ada tayang bogel pulak semua duk berkerumun! Masing2 tangan laju je meraba2 kasut yang ada sambil bergelak ketawa.


gambar kabur2 sebab ambik laju2 guna henset.


**seorang pengunjung yang sedang pilih kasutnya.


Aku sempat capai sepasang kasut. Cuma RM20 tapi cantik macam RM79.90**standard harga kasut janama power** siap dapat kotak lagi tu. 




nah...ni lah kasut aku. harga memang murah tak bermaruah tapi asalkan cantik di mata, hati dan perasaan orang yang memandang. bukan orang tahu pun kasut ni RM20.00!!




ni kasut housemate aku pun RM20 jugak! biar murah asal bergaya..kelas kau jah!!

***Mungkin ni pemberian ALLAH sebagai tukar aku tak dapat balik raya. Dapat kasut baru!!

0 comments:

Post a Comment