Wednesday, 30 November 2011

Lu langsi lu mati!

Di suatu petang yang damai, tengah aku syok main fesbuk, tiba2 datang sorang anak buah depan aku.

Anak buah aku: Lu langsi lu mati ( sambil jari tunjuk tepat ke muka aku, lepas tu terus berlalu dari pandangan....)

Aku: (bingung tanpa kata dan sambung main fesbuk....)

TERNYATA!!! Media memang kuat memainkan peranannya dalam menyebarkan unsur2 sebegini dalam minda anak2 sekarang. Tak heran la anak buah aku boleh buat kat aku macam tu. Walaupun dia tak tahu maksud sebenar situasi itu, tapi ianya sedikit sebanyak akan menyemai sikap negatif dalam diri kanak2 ini.

Ni tak masuk lagi dengan pengaruh perlakuan bergaduh dan bertumbuk. Anak buah aku tiap2 hari duk praktis menyepak barang sekeliling dia sebab tengok Ultraman duk sepak raksasa dan drama hebat Ultraman Mebius dan Ultraman Brothers yang sedang hangat di astro ceria sekarang. Nasib baik anak buah aku tak dikurniakan kuasa api. Kalau tak habis orang dilasernye.


Bila naik basikal pulak duk  buat aksi "willy". Yang terbaru sibuk nak libas pulak lepas tengok citer libas kat laptop aku malam kelmarin. 

PERSOALANNYA: macam mana nak pastikan mereka tak tiru aksi2 berbahaya ini...!!!

0 comments:

Post a Comment