Thursday, 3 November 2011

Bagusnya MYDIN Mall K.TERENGGANU


Tiba2 teringat pasal peristiwa menarik masa pergi MYDIN Mall KT baru2 ni.**ni bukan nak promote MYDIN atau Promote negeri sendiri, tapi terkejut campur terharu melihat perkara ini**. Sepenjang umur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok mana2 mall **yang aku penah masuk**yang amalkan benda macam ni. Tengah aku beratur panjang2 nak bayar, tiba2 DJ Radio MYDIN umumkan azan zohor akan berkumandang.**ini biasa, mana2 mall pun ada buat**. Jadi aku tunggu la turn aku nak bayar. Dah hampir dengan kaunter, tiba2 Cashier yang tengah kira2 barang customer depan aku tu berhenti. Aku ingatkan ada masalah barang tak boleh scan. Bila customer tu tanya kenapa, cashier tu jawab "tunggu azan habis dulu". Aku pikir dia sorang yang buat macam tu. Rupa2nya semua kakitangan pekerja berhenti waktu azan dan duduk diam tunggu azan habis. Lepas baca doa habis azan baru mereka sambung kerja mereka. Aku terpikir, bagus juga benda ini diamalkan kat semua mall2 kat Malaysia ni. At least mereka semua dah sedar masuknya waktu solat. Tak ada la tengah2 maghrib pun berduyun2 orang nak keluar terutama kat KL ni. Macam dah tak ada batasan waktu dah. Siang dengan malam tak ada beza. Tahunya nak keluar je...**kadang2 diri sendiri pun macam tu**.


**gambar dari cik google

0 comments:

Post a Comment