Wednesday 30 November 2011

Wordless wednesday#2

Lu langsi lu mati!

Di suatu petang yang damai, tengah aku syok main fesbuk, tiba2 datang sorang anak buah depan aku.

Anak buah aku: Lu langsi lu mati ( sambil jari tunjuk tepat ke muka aku, lepas tu terus berlalu dari pandangan....)

Aku: (bingung tanpa kata dan sambung main fesbuk....)

TERNYATA!!! Media memang kuat memainkan peranannya dalam menyebarkan unsur2 sebegini dalam minda anak2 sekarang. Tak heran la anak buah aku boleh buat kat aku macam tu. Walaupun dia tak tahu maksud sebenar situasi itu, tapi ianya sedikit sebanyak akan menyemai sikap negatif dalam diri kanak2 ini.

Ni tak masuk lagi dengan pengaruh perlakuan bergaduh dan bertumbuk. Anak buah aku tiap2 hari duk praktis menyepak barang sekeliling dia sebab tengok Ultraman duk sepak raksasa dan drama hebat Ultraman Mebius dan Ultraman Brothers yang sedang hangat di astro ceria sekarang. Nasib baik anak buah aku tak dikurniakan kuasa api. Kalau tak habis orang dilasernye.


Bila naik basikal pulak duk  buat aksi "willy". Yang terbaru sibuk nak libas pulak lepas tengok citer libas kat laptop aku malam kelmarin. 

PERSOALANNYA: macam mana nak pastikan mereka tak tiru aksi2 berbahaya ini...!!!

Tuesday 22 November 2011

Semuanya berakhir

Alhamdulillah. Kesibukan sudah berlalu seketika dan boleh mengehela nafas lega sambil =)) lebar di kampung halaman yang permai lepas abis exam dan tamat semester 4 ni. Dengan kudrat dan jasa bas Sani Express, akhirnya akuberjaya sampai ke kampung  dengan selamatnya. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kru2 bas sani express yang terlibat bermula dari kakak yang jual tiket kat kaunter tu hinggalah ke pemandu bas yang bersemangat pandu bas walaupun berpanas dan berhujan sepanjang perjalanan semalam. Service bas Sani boleh dikatakan 5 bintang. Bas yang aku naik tu siap ade TV kat setiap seat. Penumpang2 boleh pilih nak tengok movie apa yang ada lam TV tu atau dengar muzik atau main game atau tengok info2 pasal bas sani. Kalau anda tak reti nak On TV jangan risau, anda boleh baca majalah yang dibekalkan. Macam2 ada dan harga lebih kurang je dengan bas2 lain. (bukan promote!)


***pengalaman naik bas dabel-deker duk atas depan sekali...

Wednesday 16 November 2011

Wordless wednesday#1

Thursday 10 November 2011

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Nak cakap2 juga!

Ramai duk cakap2 pasal tarikh hari ni, 11/11/11. Riuh rendah sampai aku tak boleh tidur! Padahal tiap2 tahun memang ada pun tarikh semacam gini rupa kan. Tahun lepas 10/10/10 sebelumnya 09/09/09. So apala nak diherankan. Mungkin sebab tarikh kali ni jatuh pada JKKK segala hari kot iaitu hari jumaat. Ada yang cakap tanda2 kiamat. Tak kurang juga yang bagi warning itu dan ini. Aku tak kata salah atau betul. Tapi apa2 pun jangan sampai terlalu percaya akan sesuatu tarikh dek kerana keunikannya. Ustaz Azahar pun ada komen pasal isu terenda dan terkini ni.


gambar sumber mukabuku!

Kepada yang sambut happy besdey to u hari ni, tak kiralah umur ko berapa pun, mungkin akan berasa sangat gembira separuh bogel sebab tarikh ni nampak unik.


Ramai juga yang akan medirikan rumahtangga bergerak pada tarikh hari ni. Mungkin sebab senang nak ingat tarikh anniversary nanti.

Apa2 pun. Tarikh hari ini hanya akan dilalui sekali sahaja oleh kita semua. Tiada lagi 11/11/11 pada masa akan datang. Jadi hargailah setiap detik saat yang berdetik kerana buat masa sekarang belum ada lagi manusia yang berjaya mencipta mesin pengunduran masa. 

Tuesday 8 November 2011

Mr.Exam datang lagi

Sedar tak sedar sekarang dah pun sampai penghujung semester 4. Esaimen dan abis buat, BIG dah berlangsung, PBS (last) dah setel so, sekarang time untuk exam pulak. Sempena itu, dengan hati yang sayu tanpa sebab, aku nak berkongsi beberapa doa menduduki peperiksaan untuk amalan semua. Semoga berjaya!!!


Doa menghadapi peperiksaan


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)



Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)



Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Bit taufiq wannajah fil imtihan...

Saturday 5 November 2011

Promosi hebat bata vs Hikmah tak dapat balik raya!

Pagi tadi Julia Hanani tiba2 mesej aku ajak pergi VIVA HOME (mall yang agak baru dibuka tepi jalan cheras, sesuai untuk shoping kelengkapan rumah) sebab dia cakap BATA ada buat jualan gudang garam. Mulanya saja nak pergi tengok2 sebab bosan duk kat rumah + faktor duit yang hanya cukup2 untuk makan sepanjang musim sejuk ni je. Tapi bila dah sampai kat sana lain pulak jadinya. Terbeli sebiji kasut la pulak.**lupa yang duit dah tak ada**. Mana taknya, harga diri kasut2 dan selipar2 tu terlalu rendah dan tak ada maruah langsung!! Harga bermula RM5, 10 dan 20 sahaja. Masa "Happy Minute"  boleh dapat 5 bilah kasut2 yang berkenan dihati dengan harga RM30. Kualiti masih elok cuma murah mungkin stok dah lama dan tak laku2 kat kedai bata tu. Agak banyak pilihan dan ramai yang serbu dewan 2 Tingkat 1 tu. Macam ada tayang bogel pulak semua duk berkerumun! Masing2 tangan laju je meraba2 kasut yang ada sambil bergelak ketawa.


gambar kabur2 sebab ambik laju2 guna henset.


**seorang pengunjung yang sedang pilih kasutnya.


Aku sempat capai sepasang kasut. Cuma RM20 tapi cantik macam RM79.90**standard harga kasut janama power** siap dapat kotak lagi tu. 




nah...ni lah kasut aku. harga memang murah tak bermaruah tapi asalkan cantik di mata, hati dan perasaan orang yang memandang. bukan orang tahu pun kasut ni RM20.00!!




ni kasut housemate aku pun RM20 jugak! biar murah asal bergaya..kelas kau jah!!

***Mungkin ni pemberian ALLAH sebagai tukar aku tak dapat balik raya. Dapat kasut baru!!

Friday 4 November 2011

Jual Top-up lagi


Rasanya ni kali ketiga aku buat bisnes yang tak seberapa ni. Walaupun pulangannya cukup2 untuk beli pakaian dalam je, tapi ok la dari duk saja2 depan laptop main facebook pas tu gelak sorang2 macam orang gila babi.**bunyi macam kasar, tapi biasa je bagi aku**. bila bosan like status orang banyak tak pun tengok gambar orang pastu kutuk dalam hati sorang2.**tu semua tabiat aku yang selalu kalah dengan bisikan setan!!**


Kali pertama aku jual top-up ni tahun 2009. **dah lupa nama syarikat top-up tu**Masa tu masih stay kat asrama lagi. Ramai jugak yang beli sampai 2 hari sekali tambah modal. Abang KPLI yang paling kerap top-up ngn aku masa tu sebab dye col isteri dye yang duk kat sarawak. Modal masa tu RM50 ringgit je. Nak taruk banyak2 aku pulak tak ada duit nak kedarah. Maklumlah..elaun masa tu RM*** je sebulan. Lebih kurang 2-3 bulan jugak aku jual masa tu, lepas tu stop sebab duit modal tu aku dah guna secara senyap2. Tak ada orang tahu pun masa tu. Padahal orang lain bukan kisah pun. Aku jugak yang rugi sendiri. Tindakan ni bengong namanya!
18 SG- lagak ngeri di asrama...

Kali kedua tahun 2010. Time ni dah stay umah sewa kat sebelah batu belah batu bertangkup. Sempatlah tengok peristiwa yang sorang mak yang kecewa ngn anak dye yang habiskan telur ikan then masuk dalam batu belah batu bertangkup ni. mak dye perah susu depan aku letak dalam daun!!!hahaha...Tapi tragis gila kot kisah ni. sampai sekarang orang duk cerita lagi pasal ni. anak dye pun dah besar! Berbalik pada kisah top-up, masa ni aku stop jualan sebab balik cuti dan masalah pusingan modal jugak. Konon nak pinjam je duit modal buat belanja dulu, tapi bila dah guna, aku buat2 lupa nak bayar balik sebab tak ada orang datang tuntut. Last2 tak sambung2 dah. Time tu buat dengan ilham top-up. Keuntungan dye boleh la buat beli stokin PUMA kat Downtown.


Sekarang aku nak start balik bisnes top-up ni. dengan menanam azam baru tak nak dah pakai duit modal secara senyap2 atau pinjam pas tu buat2 lupa. harap bisnes ni menjadi. bukan nak cari keuntungan sangat pun, tapi sekadar mengisi masa lapang**bajet je** dan cari kepuasan dalam hidup sebab berniaga ni seronok. kalau aku tak masuk maktab dulu, mesti aku dah buka bisnes sebab dari kecik lagi cita2 nak jadi askar ngn polis....tapi sekarang bakal guru**InsyaAllah**.



KALAU TOP-UP DENGAN AKU, TAK ADA CAJ TAMBAHAN YANG TERSEMBUNYI!!!

Thursday 3 November 2011

Bagusnya MYDIN Mall K.TERENGGANU


Tiba2 teringat pasal peristiwa menarik masa pergi MYDIN Mall KT baru2 ni.**ni bukan nak promote MYDIN atau Promote negeri sendiri, tapi terkejut campur terharu melihat perkara ini**. Sepenjang umur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok mana2 mall **yang aku penah masuk**yang amalkan benda macam ni. Tengah aku beratur panjang2 nak bayar, tiba2 DJ Radio MYDIN umumkan azan zohor akan berkumandang.**ini biasa, mana2 mall pun ada buat**. Jadi aku tunggu la turn aku nak bayar. Dah hampir dengan kaunter, tiba2 Cashier yang tengah kira2 barang customer depan aku tu berhenti. Aku ingatkan ada masalah barang tak boleh scan. Bila customer tu tanya kenapa, cashier tu jawab "tunggu azan habis dulu". Aku pikir dia sorang yang buat macam tu. Rupa2nya semua kakitangan pekerja berhenti waktu azan dan duduk diam tunggu azan habis. Lepas baca doa habis azan baru mereka sambung kerja mereka. Aku terpikir, bagus juga benda ini diamalkan kat semua mall2 kat Malaysia ni. At least mereka semua dah sedar masuknya waktu solat. Tak ada la tengah2 maghrib pun berduyun2 orang nak keluar terutama kat KL ni. Macam dah tak ada batasan waktu dah. Siang dengan malam tak ada beza. Tahunya nak keluar je...**kadang2 diri sendiri pun macam tu**.


**gambar dari cik google

Monday 31 October 2011

hujan panas

Hari yang padat dan memenatkan serta sangat mencabar tapi seronok melaluinya. bangun pagi2 tadi, buka mata lap air liur basi, terus start motor g ambik Dahlan **kawan aku**  kat hentian putra. dia datang dari Terengganu untuk satu temuduga kat Wisma Goldhill area Jalan Raja Chulan. temuduga start jam 2 petang. siap sesi temuduga tu, aku bawak lah dye ni jalan2 sekitar bukit bintang tuk ambik gambar sebagai kenang-kenangan alang2 dah datang KL ni.**bukan senang nak datangkan..** dah puas ambik2 gambar semua baru lah ingat kat tuhan lalu terhegeh2 cari surau kat pavilion. so macam biasa lah bila dah nampak simbol surau yang ade gambar kubah tu, terus je masuk nak bukak kasut. tibe2 ada sorang kakak datang jenguk2. ingatkan dia nak cari tandas perempuan. baru aku nak cakap tandas depan sana, dia dah buka mulut " dik, knape masuk surau pompuan, surau laki sebelah sana...( sambil tunjuk kearah sebelah dengan teknik memuncungkan bibirnya yang merah membara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua....kenapa menyanyi pulak ni!!!)
*********
rupa2nya aku salah masuk surau wanita! patutla time aku datang aritu ada perempuan tengah picit2 kaki sebab lenguh pakai hill kat dalam tu. tapi memang simbol surau wanita serius tak nampak. kecik dan sama warna dengan dinding! dah la, malas dah nak sambung. ngantuk nak tido!!!


lain kali letak lah simbol yang macam ni..baru lah tak salah masuk..

***Manusia memang susah nak mengaku kesilapan diri sendiri walaupun jelas2 comfirm 100% dia salah!!

Friday 28 October 2011

Entry satu

Assalamualaikum ya ahli maya....


Akhirnya ada jugak blog. pertamanya aku nak ucap terima kasih kepada pencipta blog aku yang indah ini berseri macam nona bangun pagi ni. dia ni juga penjana idea kepada aku supaya adakan blog ni. 
Macam biase, ayat klise mcm orang2 kebanyakan akan cakap bila buat blog mcm ni dan aku nak cakap juga, aku buat blog bukan untuk apa2. hanya mengisi masa yang kononnya lapang. bukan untuk dijadikan port untuk mengumpat, mengata, menghina dan mencaci, tapi sekadar tempat untuk meluahkan apa yang di fikir, dihayati, difikirkan dan berkongsi dengan penghuni maya. dengan berbekalkan sedikit perasaan perasan dan syok sendiri kononnya beribu orang baca entry2 blog ni, aku akan cuba sedaya upaya kudrat menghempaskan enrty2 di sini. di kesempatan ni juga, aku nak taburkan secebis pantun yang berbunyi:


Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan.....


***gile seksi pakaian kau jolok buah cempedak!!!tak jadi nak sambung pantun..layan gamba je la...


Sekian!