Monday, 31 October 2011

hujan panas

Hari yang padat dan memenatkan serta sangat mencabar tapi seronok melaluinya. bangun pagi2 tadi, buka mata lap air liur basi, terus start motor g ambik Dahlan **kawan aku**  kat hentian putra. dia datang dari Terengganu untuk satu temuduga kat Wisma Goldhill area Jalan Raja Chulan. temuduga start jam 2 petang. siap sesi temuduga tu, aku bawak lah dye ni jalan2 sekitar bukit bintang tuk ambik gambar sebagai kenang-kenangan alang2 dah datang KL ni.**bukan senang nak datangkan..** dah puas ambik2 gambar semua baru lah ingat kat tuhan lalu terhegeh2 cari surau kat pavilion. so macam biasa lah bila dah nampak simbol surau yang ade gambar kubah tu, terus je masuk nak bukak kasut. tibe2 ada sorang kakak datang jenguk2. ingatkan dia nak cari tandas perempuan. baru aku nak cakap tandas depan sana, dia dah buka mulut " dik, knape masuk surau pompuan, surau laki sebelah sana...( sambil tunjuk kearah sebelah dengan teknik memuncungkan bibirnya yang merah membara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua....kenapa menyanyi pulak ni!!!)
*********
rupa2nya aku salah masuk surau wanita! patutla time aku datang aritu ada perempuan tengah picit2 kaki sebab lenguh pakai hill kat dalam tu. tapi memang simbol surau wanita serius tak nampak. kecik dan sama warna dengan dinding! dah la, malas dah nak sambung. ngantuk nak tido!!!


lain kali letak lah simbol yang macam ni..baru lah tak salah masuk..

***Manusia memang susah nak mengaku kesilapan diri sendiri walaupun jelas2 comfirm 100% dia salah!!

Friday, 28 October 2011

Entry satu

Assalamualaikum ya ahli maya....


Akhirnya ada jugak blog. pertamanya aku nak ucap terima kasih kepada pencipta blog aku yang indah ini berseri macam nona bangun pagi ni. dia ni juga penjana idea kepada aku supaya adakan blog ni. 
Macam biase, ayat klise mcm orang2 kebanyakan akan cakap bila buat blog mcm ni dan aku nak cakap juga, aku buat blog bukan untuk apa2. hanya mengisi masa yang kononnya lapang. bukan untuk dijadikan port untuk mengumpat, mengata, menghina dan mencaci, tapi sekadar tempat untuk meluahkan apa yang di fikir, dihayati, difikirkan dan berkongsi dengan penghuni maya. dengan berbekalkan sedikit perasaan perasan dan syok sendiri kononnya beribu orang baca entry2 blog ni, aku akan cuba sedaya upaya kudrat menghempaskan enrty2 di sini. di kesempatan ni juga, aku nak taburkan secebis pantun yang berbunyi:


Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan.....


***gile seksi pakaian kau jolok buah cempedak!!!tak jadi nak sambung pantun..layan gamba je la...


Sekian!