Friday 4 November 2011

Jual Top-up lagi


Rasanya ni kali ketiga aku buat bisnes yang tak seberapa ni. Walaupun pulangannya cukup2 untuk beli pakaian dalam je, tapi ok la dari duk saja2 depan laptop main facebook pas tu gelak sorang2 macam orang gila babi.**bunyi macam kasar, tapi biasa je bagi aku**. bila bosan like status orang banyak tak pun tengok gambar orang pastu kutuk dalam hati sorang2.**tu semua tabiat aku yang selalu kalah dengan bisikan setan!!**


Kali pertama aku jual top-up ni tahun 2009. **dah lupa nama syarikat top-up tu**Masa tu masih stay kat asrama lagi. Ramai jugak yang beli sampai 2 hari sekali tambah modal. Abang KPLI yang paling kerap top-up ngn aku masa tu sebab dye col isteri dye yang duk kat sarawak. Modal masa tu RM50 ringgit je. Nak taruk banyak2 aku pulak tak ada duit nak kedarah. Maklumlah..elaun masa tu RM*** je sebulan. Lebih kurang 2-3 bulan jugak aku jual masa tu, lepas tu stop sebab duit modal tu aku dah guna secara senyap2. Tak ada orang tahu pun masa tu. Padahal orang lain bukan kisah pun. Aku jugak yang rugi sendiri. Tindakan ni bengong namanya!
18 SG- lagak ngeri di asrama...

Kali kedua tahun 2010. Time ni dah stay umah sewa kat sebelah batu belah batu bertangkup. Sempatlah tengok peristiwa yang sorang mak yang kecewa ngn anak dye yang habiskan telur ikan then masuk dalam batu belah batu bertangkup ni. mak dye perah susu depan aku letak dalam daun!!!hahaha...Tapi tragis gila kot kisah ni. sampai sekarang orang duk cerita lagi pasal ni. anak dye pun dah besar! Berbalik pada kisah top-up, masa ni aku stop jualan sebab balik cuti dan masalah pusingan modal jugak. Konon nak pinjam je duit modal buat belanja dulu, tapi bila dah guna, aku buat2 lupa nak bayar balik sebab tak ada orang datang tuntut. Last2 tak sambung2 dah. Time tu buat dengan ilham top-up. Keuntungan dye boleh la buat beli stokin PUMA kat Downtown.


Sekarang aku nak start balik bisnes top-up ni. dengan menanam azam baru tak nak dah pakai duit modal secara senyap2 atau pinjam pas tu buat2 lupa. harap bisnes ni menjadi. bukan nak cari keuntungan sangat pun, tapi sekadar mengisi masa lapang**bajet je** dan cari kepuasan dalam hidup sebab berniaga ni seronok. kalau aku tak masuk maktab dulu, mesti aku dah buka bisnes sebab dari kecik lagi cita2 nak jadi askar ngn polis....tapi sekarang bakal guru**InsyaAllah**.



KALAU TOP-UP DENGAN AKU, TAK ADA CAJ TAMBAHAN YANG TERSEMBUNYI!!!

0 comments:

Post a Comment